Friday, February 24, 2012

Assalamualaikum :)

Ustazah nak kasi hangpa tips bercinta. Haa catit la!

Bila kita rasa selesa dengan orang tu, kita akan mula rasa disayangi and menyayangi. Bila kita rasa kita disayangi, kita akan mula rasa takut akan kehilangan. Tapi masa kita mula mengenali, ada tak kita fikir kesan disayangi and menyayangi tu?

Contohnya bila kau dah buat keputusan nak pilih si polan ni jadi boyfriend kau. Bermula dari saat tu, kau dah kena bezakan dia dengan kawan2 kau yang lain. Sebab kalau xde beza, apa guna kau declare dgn dia? Serupa kau bercinta dengan semua kawan2 kau kalau dah kau treat dia sama je mcm orang lain. Kau xboleh ada rasa 'dia' xde hak ke atas kau, sbb kalau dia xde sedikit pun hak, kau dah boleh stop fikir utk ada hubungan lebih dr kawan.

And lagi satu perkara penting, yang sangat penting terutamanya di awal perhubungan. Kau KENA JADI DIRI SENDIRI. Kau WAJIB jadi diri kau sendiri. Apa salah nya kalau kau jd diri kau and xperlu berpura2 jd 'oranglain' yg digilai ramai. Kononnya. Bila kau jd diri sendiri and kau dapat buat someone selesa dengan kau, time tu kau dah boleh bersyukur ke hadrat Ilahi sebab even perangai kau teruk pun still ada yg boleh accept.

Lagi satu, jangan mulakan perhubungan dengan maksiat. Sesungguh nya benda tu akan menghangatkan lagi api percintaan korang tapi percaya lah, itu jugak yg akan menghancurkan hubungan korang. Bina relationship yg suci murni hati ikhlas. Masing2 senang.

And jangan lah jadi manusia yg suka amik kesempatan. Contohnya, menanam niat hendak berkapel kerana aku dapat merasa dibelanja dan mnghabiskan wang pasanganku. Amin. JANGAN! jangan sekali kali ada rasa mcm tu. Toleransi. Itu penting. Berkongsi. Itu pun penting. Kau susah, aku tlg kau. Aku susah nanti kau pulak tolong. haaaa Jadi mcm tu. Sentiasa hargai pasangan tu. Dia mesti ada kelebihan dia kalau tak, takkan lah kau boleh nak bercinta dengan dia melainkan kau dah pasang niat jahat td.

Kalau boleh, berkawan sekejap je. Dosa xbanyak. Agak2 dah jumpa calon sesuai, nikah terus senang. Pastu aku rasa lah kan, sebelum kau pilih sapa2 jadi bf/gf, kenal lah org tu dalam2. Kenal diri dia luar dalam. 2 3 tahun pun takpe. Kalau sebulan kenal dah terus nak kapel tu payah lah rasanya. Tak keluar lg perangai sebenar dia tu. Jangan lah risau kalau dlm masa sebulan kau xbertindak, dia hilang pulak. Kalau dah dia nak hilang maknanya takde jodoh la tu. Senang kan?

Aku pun xsempurna mana. Aku cakap pun bdasarkan pengalaman. Skrg ni pun, tengah pelan pelan kayuh jadi partner yg baik, Tapi tak tau lah sejauh mana pergi nya. Ada jodoh ada lah. Allah SWT dah tetapkan jalan hambaNya masing2.

Renung renung kan dan selamat beramal.

0 respond (s):